resepi mama
Monday, October 15, 2012
Mangga Pulut
Mmm... lama tak bersiaran. Kekangan masa dan terlupa alamat email sendiri. Itulah masalahnya bila semakin berumur ni. Ingat hari ni nak masukkan resepi baru untuk blog ni. Nama resepinya 'Resepi mangga pulut'
Silalah ikuti bahan-bahan dan cara membuatnya. Mudah jerrr. Selamat mencuba dan sila beri komen. Jangan segan untuk menjadi pengikut blog ini. Bolehlah kita berkongsi resepi he he he.
MANGGA PULUT
Bahan-bahan
Mangga manis
Beras pulut ( 2 cawan)
santan (1 biji)
gula
garam
daun pandan
tepung jagung
Cara membuatnya
Beras pulut dibasuh dan di toskan. Kemudian kukus separuh masak. Ambil 1 cawan santan pekat masukkan gula dan garam . Masakkan di atas api sehingga menggelegak dan tutup api. Biarkan sejuk.
Sementara itu lebihan santan yang cair di masak di atas api yang sederhana , masukkan gula dan garam mengikut anggaran yang disukai dan untuk memkatkan kuah bolehlah dimasukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Akhir sekali, masukkan daun pandan. Kacau perlahan-lahan sehingga santan mendidih dan ketepikan.
Pulut yang dikukus tadi diangkat dan digaul (saya tak pandai nak gunakan istilah yang sesuai tetapi ibu saya suka pakai istilah harung) supaya ia lebih sekata. Tuang santan pekat ke atas pulut, gaul sebati dan kukus lagi sekali.
Potong mangga mengikut cara masing-masing dan hidangkan bersama pulut dan santan yang telah masak tadi. Lebih sedap jika santan di tuang ke atas mangga dan pulut.

![]() |
| taraaaa inilah hasilnya!!!! |
Wednesday, October 26, 2011
Sup sayur
Bahan-bahan
1 batang lobak merah
1 batang lobak putih
biji kentang
1 kiub ayam
lada putih
garam sedikit gula
3 ulas bawang putih
1 sudu besar miyak masak
3 cawan air
2 biji telur
cara-caranya
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. Masukkan air 3 cawan. Biarkan mendidih kemudian masukkan kiub ayam diikuti semua sayur-sayuran tadi. Biarkan sayur empukkan dan masukkan semua bahan perasa. Pecahkan telur dan biarkan telur masak dan boleh tutup api.

Gulai Lemak Telur Ayam
emm saja jer nak kongsi resepi yang paling mudah dan jadi kegemaran anak-anak aku. Boleh dibuat breakfast, makan tengah hari dan makan malam.tititi...
Bahan-bahan
8 ulas bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu teh serbuk kunyit (nak pakai kunyit hidup pun boleh)
1 sudu besar cili giling
garam
gula
asam keping
santan
Telur (dipecahkan dalam bekas dan tidak dikacau)
Cara-caranya:
Masukkan santan ke dalam periuk dan kacau supaya ia cantik dan berminyak. Masukkan bahan yang dikisar, kunyit dan lada giling. terus kacau dan masukkan asam, sedikit garam dan gula. Kacau sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan telur satu persatu. Jangan di kacau kuahnya, perlahan api dan tunggu telur masak, kacau sedikit supaya kuah tidak tidak hangit. Sedia untuk dihidang.

Udang Planta Mama
Bahan-Bahan
10 ekor udang besar
1 sudu besar Planta
3 biji telur kuning (diasingkan drp. telur putih)
serbuk lada sulah
garam
minyak masak untuk menggoreng udang dan telur
daun kari
cili hijau
Cara-caranya:
Udang digaul dengan garam dan lada sulah. Goreng udang bersama-sama daun kari dan cili hijau angkat dan ketepikan.Kemudian masukkan sedikit minyak dan goreng kuning telur bersama satu sudu planta.Apabila siap tuangkan ke atas udang. Siap! mudahkan?
Kek Coklat Kukus Wanne
Resepi kek coklat ni diambil daripada pelbagai idea dan diubahsuai sikit. Mmmmmm sedap dimakan. Cubalah!
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kasar
1 cawan minyak jagung
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk soda
3 biji telur
Hiasan:
Coklat masakan
Hiasan
Cara-caranya:
Gaulkan serbuk koko, gula, susu cair, dan minyak jagung. Masak di atas api yang perlahan sehinggalah gula pasir larut dan campuran menjadi sebati . Selepas itu angkat dan sejukkan. Tuangkan susu pekat ke dalam adunan yang telah disejukkan. Masukkan telur yang telah dipukul hingga kembang. Gaulkan. Tepung gandum diayak dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Tuangkan campuran serbuk koko kedalam adunan tepung. Gaul sehingga tidak berketul. Kemudian kukus selama 45 minit bergantung kepada luas permukaan bekas.
Peringatan:
Pastikan adunan dimasukkan separuh bekas kerana kek ini akan mengembang apabila masak.
Apabila kek sudah sejuk, cairkan coklat masakan dan dicampurkan dengan 2 sudu susu cair dan tuangkan ke atas kek tadi .Tara! kek dah siap! sekarang bolehlah dihias hendak pelbagai hiasan kek yang diingini.
Thursday, January 27, 2011
kuay tiau kungfu
Resepi ni aku dapat dari sebuah majalah masakan. First time cuba, aku ubah skit ikut kreativiti aku coz ada beberapa bahan tak ada kat dapur masa tu. Berikut cara-cara membuat kuay tiau kungfu:
Bahan-bahan:
1 bungkus kuay tiau
sayur sawi
minyak bijan
kicap pekat
isi ayam
kiub ayam
tepung jagung
telur
lada sulah
garam
gula
Cara-cara membuatnya:
Kuay tiau digaul dengan kicap dan minyak bijan atas kuali dengan api yang sederhana kecil. Apabila kicap sudah serata angkat dan ketepikan. Jangan gaul kuay tiau sampai hancur. Ayam bolehlah direbus untuk mendapatkan stok (airnya). Masukkan minyak sedikit dan goreng sayur sawi sehingga layu sedikit. Masukkan stok air ayam dan kiub ayam. Masukkan isi ayam ( yang telah direbus tadi) ,kacau di atas api, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dikacau dengan air supaya kuah pekat. Akhir sekali pecahkan telur dan biarkan masak sekejap.Jangan dikacau kuahnya. Sebelum itu jangan lupa masukkan perisan garam dan gula mengikut rasa dan sedikit lada sulah. Apabila sudah masak, tuangkan ke atas kuay tiau tadi. Dah pun siap!
Sunday, January 16, 2011
Kreativiti Memasak..
Apa yang nak aku coretkan hari ni bukanlah resepi tapi ada kaitan dengan resepi jugak. Baru-baru ni aku ada terbaca sebuah majalah yang menceritakan tentang kreativiti dalam masakan. Emmm.. seronok juga ceritanya lebih kurang citer aku jugak. Masa belum kahwin dulu aku langsung tak tahu apa-apa pasal masakan (sekarang pun sama tp ok skit). Sebenarnya bila kita kenal dengan dunia masakan ia bukanlah sesusah yang kita sangka kerana resepi bergantung pada bahan yang sama cuma kita perlu pandai mengubahsuai dan mengolahnya untuk menjadi lebih sedap. Betul kata pengarang majalah tu, lauk semalam pun kalau kena gaya ubah suai mengikut kreativiti ia akan menjadi sedap (itu pun kalau tak basi) masa pun akan lebih jimat terutamanya kepada suri rumah yang berkerjaya. Kecuali kalau kita ingin membuat resepi yang memang original datuk nenek moyang kita lain ler cerita, kalau terlebih ubah suai tak sedap so terpaksa ikut yang asli...betul tak? Ok any komen?
Saturday, January 1, 2011
nasi lemak farhana
Nama ni aku bagi sempena nama anak sulung aku yang beria-ria mahukan aku membuat nasi lemak untuk breakfast. Buat sendiri ni rasa puas hati betul tak?
Amacam? Cubalah resepi nasi lemak saya ni hehehhe
Bahan-bahan A (nasi)
Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau, masukkan cili kisar kacau sehingga garing, masukkan air sedikit, asam keping, gula melaka, daun pandan, garam dan kicap . Kacau sehingga keluar minyak. Jika nampak kering, boleh di tambahkan air.
Nasi lemak dah siap bolehlah dihias mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Bye.
Amacam? Cubalah resepi nasi lemak saya ni hehehhe
Bahan-bahan A (nasi)
- beras
- santan
- air
- garam
- lada kering (potong, rendam air panas, toskan, goreng tanpa minyak, blenderkan bersama satu sudu minyak dan air)
- bawang merah
- bawang besar holland
- bawang putih
- gula melaka
- garam
- asam keping
- kicap masin
- daun pandan
- kacang goreng dengan sedikit minyak
- Direbus (Didihkan air dengan garam dan masukkan telur 10 minit). Siap, kupas kulit dan potong ikut citarasa.
Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau, masukkan cili kisar kacau sehingga garing, masukkan air sedikit, asam keping, gula melaka, daun pandan, garam dan kicap . Kacau sehingga keluar minyak. Jika nampak kering, boleh di tambahkan air.
Nasi lemak dah siap bolehlah dihias mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Bye.
Kuih Kaswi Wanne
Satu pagi bibik jiran aku (best fren bibik aku) hantar satu bekas kuih untuk sarapan pg. Katanya majikannya suruh.Bila aku try sedap gak, so aku mintak ler resepi. Dah dpt aku dan bibik aku pun try buat. Nak tahu cara2 nak membuatnya? Mudah jer...sediakan
Bahan-bahan
1 cawan setengah tepung gandum
1 cawan setengah tepung ubi
1cawan gula merah
setengah cawan gula kasar
daun pandan
kepala parut putih
garam
5 cawan air
Cara-cara membuatnya
Masak air dengan beberapa helai daun pandan sehingga mendidih. Masukkan gula merah dan gula kasar kacau. Sejukkan sekejap, masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tidak berketul. Untuk memastikan larutan tidak berketul, tapiskan atas penapis dan masukkan ke dalam loyang pengukus untuk dikukus. Jangan kacau di atas api. Kukuskan lebih kurang 45 minit. Sesudah masak sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk supaya senang untuk dipotong. Sesudah dipotong bolehlah digaul dengan kelapa yang telah digaulkan dengan garam.
Sekarang bolehlah dihidang untuk keluarga tersayang sama ada untuk sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.

Tuesday, December 28, 2010
Resepi Nasi Kerabu Wanne(biru)
Sebenarnya resepi ni aku dapat hasil pemerhatian aku masa tolong arwah nenek berniaga masa kecik-kecik dulu. Cuma resepi tumisnya aku lupa. Mak aku dah ajar lupa lagi. Nanti kita muat turun lain kali. Biasanya kalu nasi kerabu kuning barulah aku letak tumis, kalu biru, aku lebih suka tanpa tumis.
Bahan-bahan (A) - nasi
Kalau nak pakai bunga, bunga tu kena rendam dan setelah ia mengeluarkan warna biru, ramas airnya dan dicampur dengan nasi spt di atas. Mudahkan?!
Bahan-bahan (B) - sambal kelapa dan ikan
Bahan-bahan (C) - budu
Bahan-bahan (D) - ulam
Bahan-bahan (E)
Bahan-Bahan (G) - Tambahan
Nah! Nasi Kerabu Wanne dah sedia untuk dimakan selamat mencuba!
Bahan-bahan (A) - nasi
- Nasi
- Daun Mengkudu
- Sejenis bunga warna biru (aku panggil bunga nasi kerabu)
- daun pandan
- serai
Kalau nak pakai bunga, bunga tu kena rendam dan setelah ia mengeluarkan warna biru, ramas airnya dan dicampur dengan nasi spt di atas. Mudahkan?!
Bahan-bahan (B) - sambal kelapa dan ikan
- Kelapa parut (digoreng rangup)
- Isi ikan (ikan selayang yang direbus dan dibuang semua tulangnya,kemudian ditumbuk dan digoreng sehingga kering)
- Bawang merah
- Serai (dimayang halus)
- Gula melaka
- Sedikit garam
- Bawang besar (hiris)
- Lada merah(hiris)
Bahan-bahan (C) - budu
- Budu
- Sedikit serbuk kopi
- gula melaka
- serai (diketuk)
Bahan-bahan (D) - ulam
- Ulam-ulaman seperti bunga kantan, taugeh, timun batang, daun kesum, kacang panjang dan pelbagai ulaman lain.
Bahan-bahan (E)
- Lada hitam ditumbuk sebagai penambah perisa
- cili api
- cuka makan
- garam
- gula
Bahan-Bahan (G) - Tambahan
- Telur masin
- keropok
- ikan goreng tepong
- solok lada
Nah! Nasi Kerabu Wanne dah sedia untuk dimakan selamat mencuba!
Aku, blog dan resepi

Ini kira blog kedua aku. Blog pertama untuk "promotion" barang-barang jualan, Blog ini pula sekadar untuk berkongsi resepi-resepi yang telah aku pelajari dari arwah nenek, bonda, mak mertua, jiran-jiran, rakan-rakan dan tak lupa juga dari pelbagai majalah masakan. Tapi kebanyakan resepi-resepi tersebut telah aku "renovate" ikut kreativiti aku. Sape-sape nak cuba silakan tak perlu bayar. Kalu nak bayar boleh berkunjung ke http//wannebutik@blogspot.com. Situ memang ada jual barang skit...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)