resepi mama

Monday, October 15, 2012




Mangga Pulut

Mmm... lama tak bersiaran. Kekangan masa dan terlupa alamat email sendiri. Itulah masalahnya bila semakin berumur ni. Ingat hari ni nak masukkan resepi baru untuk blog ni. Nama resepinya 'Resepi mangga pulut'
Silalah ikuti bahan-bahan dan cara membuatnya. Mudah jerrr. Selamat mencuba dan sila beri komen. Jangan segan untuk menjadi pengikut blog ini. Bolehlah kita berkongsi resepi he he he.

MANGGA PULUT

Bahan-bahan

Mangga manis
Beras pulut ( 2 cawan)
santan (1 biji)
gula
garam
daun pandan
tepung jagung

Cara membuatnya

Beras pulut dibasuh dan di toskan. Kemudian kukus separuh masak.  Ambil 1 cawan santan pekat masukkan gula dan garam . Masakkan di atas api sehingga menggelegak dan tutup api. Biarkan sejuk.
Sementara itu lebihan santan yang cair di masak di atas api yang sederhana , masukkan gula dan garam mengikut anggaran yang disukai dan untuk memkatkan kuah bolehlah dimasukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Akhir sekali, masukkan daun pandan. Kacau perlahan-lahan sehingga santan mendidih dan ketepikan.
Pulut yang dikukus tadi diangkat dan digaul (saya tak pandai nak gunakan istilah yang sesuai tetapi ibu saya suka pakai istilah harung) supaya ia lebih sekata. Tuang santan pekat ke atas pulut, gaul sebati dan kukus lagi sekali.
Potong mangga mengikut cara masing-masing dan hidangkan bersama pulut dan santan yang telah masak tadi. Lebih sedap jika santan di tuang ke atas mangga dan pulut.


taraaaa inilah hasilnya!!!!