resepi mama

Saturday, January 1, 2011

nasi lemak farhana

Nama ni aku bagi sempena nama anak sulung aku yang beria-ria mahukan aku membuat nasi lemak untuk breakfast. Buat sendiri ni rasa puas hati betul tak?
Amacam? Cubalah resepi nasi lemak saya ni hehehhe

Bahan-bahan A (nasi)

  • beras
  • santan
  • air
  • garam
Bahan-bahan B (sambal)

  • lada kering (potong, rendam air panas, toskan, goreng tanpa minyak, blenderkan bersama satu sudu minyak dan air)
  • bawang merah
  • bawang besar holland
  • bawang putih
  • gula melaka
  • garam
  • asam keping
  • kicap masin
  • daun pandan
Bahan-bahan C (kacang)

  • kacang goreng dengan sedikit minyak
Bahan-bahan D (telur rebus)

  • Direbus (Didihkan air dengan garam dan masukkan telur 10 minit). Siap, kupas kulit dan potong ikut citarasa.
Cara membuat sambal
Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau, masukkan cili kisar kacau sehingga garing, masukkan air sedikit, asam keping, gula melaka, daun pandan, garam dan kicap . Kacau sehingga keluar minyak. Jika nampak kering, boleh di tambahkan air.

Nasi lemak dah siap bolehlah dihias mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Bye.

No comments:

Post a Comment