resepi mama

Sunday, January 16, 2011

Kreativiti Memasak..



Apa yang nak aku coretkan hari ni bukanlah resepi tapi ada kaitan dengan resepi jugak. Baru-baru ni aku ada terbaca sebuah majalah yang menceritakan tentang kreativiti dalam masakan. Emmm.. seronok juga ceritanya lebih kurang citer aku jugak. Masa belum kahwin dulu aku langsung tak tahu apa-apa pasal masakan (sekarang pun sama tp ok skit). Sebenarnya bila kita kenal dengan dunia masakan ia bukanlah sesusah yang kita sangka kerana resepi bergantung pada bahan yang sama cuma kita perlu pandai mengubahsuai dan mengolahnya untuk menjadi lebih sedap. Betul kata pengarang majalah tu, lauk semalam pun kalau kena gaya ubah suai mengikut kreativiti ia akan menjadi sedap (itu pun kalau tak basi) masa pun akan lebih jimat terutamanya kepada suri rumah yang berkerjaya. Kecuali kalau kita ingin membuat resepi yang memang original datuk nenek moyang kita lain ler cerita, kalau terlebih ubah suai tak sedap so terpaksa ikut yang asli...betul tak? Ok any komen?

No comments:

Post a Comment