resepi mama

Wednesday, October 26, 2011

Ayam beriani


Sup sayur

Bahan-bahan
1 batang lobak merah
1 batang lobak putih
 biji kentang
1 kiub ayam
lada putih
garam sedikit gula
3 ulas bawang putih
1 sudu besar miyak masak
3 cawan air
2 biji telur

cara-caranya
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. Masukkan air 3 cawan. Biarkan mendidih kemudian masukkan kiub ayam diikuti semua sayur-sayuran tadi. Biarkan sayur empukkan dan masukkan semua bahan perasa. Pecahkan telur dan biarkan telur masak dan boleh tutup api.

Gulai Lemak Telur Ayam

emm saja jer nak kongsi resepi yang paling mudah dan jadi kegemaran anak-anak aku. Boleh dibuat breakfast, makan tengah hari dan makan malam.tititi...

Bahan-bahan
8 ulas bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu teh serbuk kunyit (nak pakai kunyit hidup pun boleh)
1 sudu besar cili giling
garam
gula
asam keping
santan
Telur (dipecahkan dalam bekas dan tidak dikacau)

Cara-caranya:
Masukkan santan ke dalam periuk dan kacau supaya ia cantik dan berminyak. Masukkan bahan yang dikisar, kunyit dan lada giling. terus kacau dan masukkan asam, sedikit garam dan gula. Kacau sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan telur satu persatu. Jangan di kacau kuahnya, perlahan api dan tunggu telur masak, kacau sedikit supaya kuah tidak tidak hangit. Sedia untuk dihidang.

Udang Planta Mama


Bahan-Bahan
10 ekor udang besar
1 sudu besar Planta
3 biji telur kuning (diasingkan drp. telur putih)
serbuk lada sulah
garam
minyak masak untuk menggoreng udang dan telur
daun kari
cili hijau


Cara-caranya:
Udang digaul dengan garam dan lada sulah. Goreng udang bersama-sama daun kari dan cili hijau angkat dan ketepikan.Kemudian masukkan sedikit minyak dan goreng kuning telur bersama satu sudu planta.Apabila siap tuangkan ke atas udang. Siap! mudahkan?

Kek Coklat Kukus Wanne


Lama tak menulis resepi sibuk katakan. Kali ni aku nak berkongsi resepi kek coklat kukus. Idea nak belajar kek coklat ni muncul apabila tengok anak-anak aku minat sangat makan kek coklat. Kebetulan pulak oven aku rosak, so terpaksalah belajar yang kukus mudah dan cepat dimasak.
Resepi kek coklat ni diambil daripada pelbagai idea dan diubahsuai sikit. Mmmmmm sedap dimakan. Cubalah!

Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kasar
1 cawan minyak jagung
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk soda
3 biji telur

Hiasan:
Coklat masakan
Hiasan

Cara-caranya:
Gaulkan serbuk koko, gula, susu cair, dan minyak jagung. Masak di atas api yang perlahan sehinggalah gula pasir larut dan campuran menjadi sebati . Selepas itu angkat dan sejukkan. Tuangkan susu pekat ke dalam adunan yang telah disejukkan. Masukkan telur yang telah dipukul hingga kembang. Gaulkan. Tepung gandum diayak dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Tuangkan campuran serbuk koko kedalam adunan tepung. Gaul sehingga tidak berketul. Kemudian kukus selama 45 minit bergantung kepada luas permukaan bekas.

Peringatan:
Pastikan adunan dimasukkan separuh bekas kerana kek ini akan mengembang apabila masak.

Apabila kek sudah sejuk, cairkan coklat masakan dan dicampurkan dengan 2 sudu susu cair dan tuangkan ke atas kek tadi .Tara! kek dah siap! sekarang bolehlah dihias hendak pelbagai hiasan kek yang diingini.