resepi mama

Thursday, January 27, 2011

kuay tiau kungfu

Resepi ni aku dapat dari sebuah majalah masakan. First time cuba, aku ubah skit ikut kreativiti aku coz ada beberapa bahan tak ada kat dapur masa tu. Berikut cara-cara membuat kuay tiau kungfu:

Bahan-bahan:
1 bungkus kuay tiau
sayur sawi
minyak bijan
kicap pekat 
isi ayam
kiub ayam
tepung jagung
telur
lada sulah
garam
gula

Cara-cara membuatnya:
Kuay tiau digaul dengan kicap dan minyak bijan atas kuali dengan api yang sederhana kecil. Apabila kicap sudah serata angkat dan ketepikan. Jangan gaul kuay tiau sampai hancur. Ayam bolehlah direbus untuk mendapatkan stok (airnya). Masukkan minyak sedikit dan goreng sayur sawi sehingga layu sedikit. Masukkan stok air ayam dan kiub ayam. Masukkan isi ayam ( yang telah direbus tadi) ,kacau di atas api, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dikacau dengan air supaya kuah pekat. Akhir sekali pecahkan telur dan biarkan masak sekejap.Jangan dikacau kuahnya. Sebelum itu jangan lupa masukkan perisan garam dan gula mengikut rasa dan sedikit lada sulah. Apabila sudah masak, tuangkan ke atas kuay tiau tadi. Dah pun siap!



Sunday, January 16, 2011

Kreativiti Memasak..



Apa yang nak aku coretkan hari ni bukanlah resepi tapi ada kaitan dengan resepi jugak. Baru-baru ni aku ada terbaca sebuah majalah yang menceritakan tentang kreativiti dalam masakan. Emmm.. seronok juga ceritanya lebih kurang citer aku jugak. Masa belum kahwin dulu aku langsung tak tahu apa-apa pasal masakan (sekarang pun sama tp ok skit). Sebenarnya bila kita kenal dengan dunia masakan ia bukanlah sesusah yang kita sangka kerana resepi bergantung pada bahan yang sama cuma kita perlu pandai mengubahsuai dan mengolahnya untuk menjadi lebih sedap. Betul kata pengarang majalah tu, lauk semalam pun kalau kena gaya ubah suai mengikut kreativiti ia akan menjadi sedap (itu pun kalau tak basi) masa pun akan lebih jimat terutamanya kepada suri rumah yang berkerjaya. Kecuali kalau kita ingin membuat resepi yang memang original datuk nenek moyang kita lain ler cerita, kalau terlebih ubah suai tak sedap so terpaksa ikut yang asli...betul tak? Ok any komen?

Saturday, January 1, 2011

nasi lemak farhana

Nama ni aku bagi sempena nama anak sulung aku yang beria-ria mahukan aku membuat nasi lemak untuk breakfast. Buat sendiri ni rasa puas hati betul tak?
Amacam? Cubalah resepi nasi lemak saya ni hehehhe

Bahan-bahan A (nasi)

  • beras
  • santan
  • air
  • garam
Bahan-bahan B (sambal)

  • lada kering (potong, rendam air panas, toskan, goreng tanpa minyak, blenderkan bersama satu sudu minyak dan air)
  • bawang merah
  • bawang besar holland
  • bawang putih
  • gula melaka
  • garam
  • asam keping
  • kicap masin
  • daun pandan
Bahan-bahan C (kacang)

  • kacang goreng dengan sedikit minyak
Bahan-bahan D (telur rebus)

  • Direbus (Didihkan air dengan garam dan masukkan telur 10 minit). Siap, kupas kulit dan potong ikut citarasa.
Cara membuat sambal
Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau, masukkan cili kisar kacau sehingga garing, masukkan air sedikit, asam keping, gula melaka, daun pandan, garam dan kicap . Kacau sehingga keluar minyak. Jika nampak kering, boleh di tambahkan air.

Nasi lemak dah siap bolehlah dihias mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Bye.

Kuih Kaswi Wanne

Satu pagi bibik jiran aku (best fren bibik aku) hantar satu bekas kuih untuk sarapan pg. Katanya majikannya suruh.Bila aku try sedap gak, so aku mintak ler resepi. Dah dpt aku dan bibik aku pun try buat. Nak tahu cara2 nak membuatnya? Mudah jer...sediakan

Bahan-bahan
1 cawan setengah tepung gandum
1 cawan setengah tepung ubi
1cawan gula merah
setengah cawan gula kasar
daun pandan
kepala parut putih
garam
5 cawan air

Cara-cara membuatnya
Masak air dengan beberapa helai daun pandan sehingga mendidih. Masukkan gula merah dan gula kasar kacau. Sejukkan sekejap, masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tidak berketul. Untuk memastikan larutan tidak berketul, tapiskan atas penapis dan masukkan ke dalam loyang pengukus untuk dikukus. Jangan kacau di atas api. Kukuskan lebih kurang 45 minit. Sesudah masak sejukkan  sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk supaya senang untuk dipotong. Sesudah dipotong bolehlah digaul dengan kelapa yang telah digaulkan dengan garam.
Sekarang bolehlah dihidang untuk keluarga tersayang sama ada untuk sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.