resepi mama

Tuesday, December 28, 2010

Resepi Nasi Kerabu Wanne(biru)

Sebenarnya resepi ni aku dapat hasil pemerhatian aku masa tolong arwah nenek berniaga masa kecik-kecik dulu. Cuma resepi tumisnya aku lupa. Mak aku dah ajar lupa lagi. Nanti kita muat turun lain kali. Biasanya kalu nasi kerabu kuning barulah aku letak tumis, kalu biru, aku lebih suka tanpa tumis.

Bahan-bahan (A) - nasi

  • Nasi
  • Daun Mengkudu
  • Sejenis bunga warna biru (aku panggil bunga nasi kerabu)
  • daun pandan
  • serai
Kalau nak guna daun mengkudu, mesin daunnya dan perahan air diambil dan dicampur dengan beras yang sudah dibasuh dan ditoskan. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan serai yg diketuk.Ia akan mengeluarkan bau yang wangi setelah masak dan warnanya berbeza dengan warna nasi menggunakan bunga atau bahan pewarna.
Kalau nak pakai bunga, bunga tu kena rendam dan setelah ia mengeluarkan warna biru, ramas airnya dan dicampur dengan nasi spt di atas. Mudahkan?!

Bahan-bahan (B) - sambal kelapa dan ikan

  • Kelapa parut (digoreng rangup)
  • Isi ikan (ikan selayang yang direbus dan dibuang semua tulangnya,kemudian ditumbuk dan digoreng sehingga kering)
  • Bawang merah
  • Serai (dimayang halus)
  • Gula melaka
  • Sedikit garam
  • Bawang besar (hiris)
  • Lada merah(hiris)
Bawang merah, serai gula melaka dan garam dimesin halus dengan air yang sedikit. Kemudian digaul dan diramas dengan kelapa goreng. Kelapa goreng yang dah siap boleh digaul terus dengan ikan (jika suka).

Bahan-bahan (C) - budu

  • Budu
  • Sedikit serbuk kopi
  • gula melaka
  • serai (diketuk)
Semua bahan di atas dimasak di atas api yang perlahan dan sekejap sahaja.

Bahan-bahan (D) - ulam

  • Ulam-ulaman seperti bunga kantan, taugeh, timun batang, daun kesum, kacang panjang dan pelbagai ulaman lain.
Semua ulam-ulaman dihiris halus-halus

Bahan-bahan (E)

  • Lada hitam ditumbuk sebagai penambah perisa
Bahan-bahan(F) - sambal

  • cili api 
  • cuka makan
  • garam
  • gula
dimesin halus. Jangan masukkan air cukup dengan cukan sahaja.

Bahan-Bahan (G) - Tambahan

  • Telur masin
  • keropok
  • ikan goreng tepong
  • solok lada

Nah! Nasi Kerabu Wanne dah sedia untuk dimakan selamat mencuba!

Aku, blog dan resepi



Ini kira blog kedua aku. Blog pertama untuk "promotion" barang-barang jualan, Blog ini pula sekadar untuk berkongsi resepi-resepi yang telah aku pelajari dari arwah nenek, bonda, mak mertua, jiran-jiran, rakan-rakan dan tak lupa juga dari pelbagai majalah masakan. Tapi kebanyakan resepi-resepi tersebut telah aku "renovate" ikut kreativiti aku. Sape-sape nak cuba silakan tak perlu bayar. Kalu nak bayar boleh berkunjung ke http//wannebutik@blogspot.com. Situ memang ada jual barang skit...hehehe